Al-Jahiz telah meriwayatkan tentang Uqbah bin Abu Sufyan,
apabila menyerahkan anaknya kepada seorang pendidik, katanya :mula-mula sekali,
sebelum engkau memperbaiki anakku, hendaklah engkau memperbaiki dirimu sendiri,
kerana matanya menumpu kepada matamu. Yang baik padanya ialah apa yang engkau
pandang baik, dan yang buruk pula ialah apa engkau pandang buruk. Ajarkanlah dia
perjalanan para ahli hikmah, dan akhlak para budiman, dan ancamlah mereka
dengan diriku, dan didiklah mereka tanpa membandingkan diriku, dan jadilah
baginya seperti seorang doctor yang tidak tergopoh gapah, menentukan sesuatu
ubat, sebelum dia tahu penyakitnya, janganlah engkau bergantung atas keuzuran
daripadaku, sebab sesungguhnya aku telah bergantung sepenuhnya kepada kebolehan
dan pengalaman yang ada padamu.
Dipetik drp Zaini Ujang (2009).Menghayati Budaya Ilmu-Faham Ilmu, Amalan dan Panduan.UTM.Skudai.