Jumaat, 13 Januari 2012

Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Anak-anak merupakan aset Ibu bapa yang sangat bernilai.    Mereka diibaratkan permata amat berharga yang dianugerahkan Allah kepada kita.  Anak-anak juga merupakan faktor pendorong bagi Ibu bapa untuk masuk ke syurga sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara: iaitu sedekah jariah, imu yang bermanfaat, anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim)
Anak-anak juga merupakan ujian dan mendidik mereka merupakan tanda pengabdian kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Anfal ayat 27 & 28 yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui. Dan ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu), dan sesungguhnya Allah di sisi-Nya pahala yang besar”. (al-Anfal: 27-28)

Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka dididik dengan ajaran Islam lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh dengan cabaran dan mehnah ini ibu bapa perlu melaksanakan amanah yang diberikan dengan sebaiknya, walaupun sukar untuk melaksanakan proses didikan untuk anak-anak agar mereka patuh dan tunduk kepada Allah, tetapi setiap ibu bapa perlu sedar semua yang dilakukan itu dikira ibadat dan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah. Ibu bapa  perlu menyiapkan bekalan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Menuntut ilmu (agama) adalah fardhu ke atas setiap orang Islam”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan at-Thabrani dari Anas R.A dan al-Hasan bin Ali R.A)
Kita melihat hari ini ramai ibu-bapa mengabaikan pengajian ilmu agama kepada anak-anak mereka. Mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang dalam akademik yang bersifat duniawi. Mereka tidak pernah risau anak-anak mereka jahil tentang ilmu ukhrawi kerana mereka menyangka ilmu dunia yang membantu anak-anak mereka untuk hidup di dunia ini. Sedangkan mereka tidak menyedari, ilmu agamalah yang sebenarnya memandu kehidupan anak-anak mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat dan ilmu agama jugalah yang membimbing anak-anak mereka supaya mempelajari ilmu dunia agar lebih mendekatkan diri kepada Allah. Akibat dari kecuaian ibu bapa, tidak hairanlah jika kita dapati hari ini ramai anak-anak orang Islam semakin liar, tidak menutup aurat dan mudah terjebak dengan maksiat dan kemungkaran. Lantas menggembirakan musuh-musuh Islam kerana umat Islam semakin lemah dan lalai akibat kebejatan sosial yang semakin parah. Sememangnya itu yang diimpikan dari puak musuh sebagaimana firman Allah S.W.T:
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju kepadamu (Muhammad) sebelum engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah pertunjuk yang benar". Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka sesudah datangnya  pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”
(Surah al-Baqarah:120)


Selain itu ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak supaya sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain. Rasulullah S.A.W sendiri telah berpesan kepada kita supaya mengambil berat perihal solat anak-anak, sebagaimana sabda baginda S.A.W:
“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila ia telah berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan mengerjakan solat sedangkan mereka telah berumur sepuluh tahun”.
(Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim dari Abdullah bin Amru r.a.)
Solat adalah tiang agama dan menunaikan solat bererti menegakkan agama, meninggalkannya bererti mengabaikan agama. Dalam pendidikan, solat mempunyai rahsia didikan yang amat hebat kepada anak-anak kita. Di samping mendidik anak-anak kita agar sentiasa ingat kepada Allah, solat menjadi benteng kepada mereka dari keruntuhan ahklak dan gejala sosial. Ini melihat kepada kekuatan yang ada pada solat dalam mencegah manusia dari melakukan dosa dan kemungkaran sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah S.W.T sendiri:
"“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”. 
(al-Ankabut: 45)
Adalah mustahil jika kita hendak mengekori anak-anak kita ke mana saja mereka pergi untuk memastikan mereka berbuat baik di mana-mana sahaja mereka berada. Namun jika kita berjaya mendidik anak kita dengan solat sehingga solat itu melekat dalam jiwa mereka, yakinlah bahawa sekalipun tanpa kehadiran kita, mereka akan tetap istiqamah dengan kebaikan kerana solat akan membenteng mereka dari melakukan kejahatan dan maksiat.
           
          Kesimpulannya, ibu bapa sememangnya memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu sedar, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkannya dengan corak yang berpaksikan ajaran agama sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
‏ ‏
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan  fitrah, kedua orang tuanya yang menjadikannya sebagai Yahudi, Nashrani atau Majusi.."
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah)

Oleh itu, setiap ibu bapa perlu sedar akan peranan dan tanggungjawab mereka supaya generasi muda masa kini sentiasa hidup dalam keadaan tunduk dan patuh kepada pencipta-Nya serta tidak melanggar syariat-syariat yang ditetapkan agar keluarga muslim dapat diwujudkan seterusnya lahirlah masyarakat muslim dan seterusnya terbinanya negara yang mendapat keredhaan dan perlindungan Allah S.W.T.  

Sabtu, 29 Oktober 2011

EIDIL ADHA

Masa berlalu begitu pantas. Tanggal 6 November 2011 (Ahad) bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432-Umat Islam khususnya di Malaysia amnya di seluruh pelusuk alam sekali lagi akan meraikan Hari Raya Korban...justeru sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi allah Ismail akan diperkatakan sama ada sebagai isi kandungan khutbah raya, tajuk-tajuk ceramah dan tazkirah, topik perbualan di kedai kopi dan sebagainya.bagi penulis yang bakal mencecah usia 40 tahun sudah tentu sudah mendengar sejarah pengorbanan ini selama lebih kurang 34 tahun (tolak 6 tahun sebelum masuk sekolah). maka sudah tentu insan yang melebihi usia ini akan lebih banyak mendengar sejarah pengorbanan yang hebat iaiatu pengorbanan Nabi Allah Ibrahim menyembelihkan anaknya Nabi Allah Ismail lantaran kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah tuhan pencipta kita dan sekalian makhluk...

Kenangan Umrah Ziarah Ramadhan 1430H

Umrah Ziarah Ramadhan 1430H Slideshow: Asrinajmi2009’s trip from Jitra (near Alor Setar, Kedah, Malaysia) to 2 cities Medina and Mecca was created by TripAdvisor. See another Saudi Arabia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.