Ahad, 4 September 2011

SALAM EIDUL FITRI 1432H


SALAM EIDUL FITRI 1432H


Assalamualaikum. Ana mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Eidul Fitri 1432H kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang menjadi medan tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini.

Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang.

Apabila berjaya ditarbiah di bulan Ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini.

Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia.

Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya.

Ustaz Asri bin Md Saman @ Osman
IPG Kampus Darulaman

Sabtu, 20 Ogos 2011

MAJLIS IFTHAR JAMI'E

19 Ogos 2011-Jumaat : Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kepada ALLAH SWT atas limpah izinNYA majlis ifthar jami'e yang dirancang bersama mentee berjalan lancar. Syabas dan tahniah buat semua mentee yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ifthar tersebut. sesungguhnya tanpa pengorbanan...majlis tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan.hasil kerja secara kolektif alhamdulillah mampu menghasilkan yang terbaik. Majlis yang berlangsung di Hotel Bustani, Jitra pada petang jumaat lalu telah dimulai dengan ucapan aluan pengerusi majlis iaitu Ust. Ibrahim, seterusnya tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Hashim-Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral IPG Kampus Darulaman. Dalam tazkirah ringkas itu, Tuan Hj Ahmad Zaki menegaskan bahawa pengorbanan dalam menuntut ilmu adalah amat perlu dan Allah menyediakan balasan pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang keluar menuntut ilmu dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. Seterusnya majlis ditutup dengan bacaan doa oleh Ust Asri bin Md Saman @ Osman. Semoga majlis ifthar yang dilaksanakan ini akan menjadi semangat buat semua sahabat PPG kumpulan 1 bagi merancang program seterusnya pada masa akan datang.

Kenangan Umrah Ziarah Ramadhan 1430H

Umrah Ziarah Ramadhan 1430H Slideshow: Asrinajmi2009’s trip from Jitra (near Alor Setar, Kedah, Malaysia) to 2 cities Medina and Mecca was created by TripAdvisor. See another Saudi Arabia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.