1.
Hari
ini/ Jumaat/ semua umat Islam/ berkumpul menunaikan solat/ fardhu jumaat/ bagi
menggantikan/ solat fardhu zohor.
2. Hari ini/
11 Zulhijjah 1436 Hijriah/ adalah hari tasyrik/ Hari tasyrik adalah/ 3 hari setelah hari Idul Adha/ iaitu
hari 11/ 12/ dan 13 bulan Dzulhijjah/ dalam tahun Hijriah.
3.
Ada 3/ pendapat ulama/ mengapa hari-hari
tersebut/ dinamakan ayyaamul tasyrik/
atau hari-hari tasyrik.
4.
Pertama/ kerana pada hari tersebut/ umat Islam yusyriqun/
menjemur/ daging korban mereka.
5.
Kedua/ kerana haiwan-haiwan korban/ tidak
disembelih kecuali setelah/ matahari yusyriq (terbit).
6.
Ketiga/ kerana shalat Eid dilaksanakan setelah syuruq ( terbit ) matahari.
Sidang Jumaat sekalian
7.
Sepanjang hari tasyrik selain melakukan ibadah
korban, kita diperintahkan memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.
8.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 203
10.
“Dan
berzikirlah kepada Allah dalam beberapa hari yang ditentukan ( ma’dudat /
tasyrik ). Maka, barang siapa yang ingin cepat ( berangkat dari Mina ) sesudah
dua hari, maka tiada dosa atasnya. Dan, barang siapa yang ingin menangguhkan,
maka tiada dosa pula atasnya bagi orang yang bertakwa.”
11.
Imam al-Bukhari meriwayatkan
bahwa Ibnu Abbas menjelaskan, ayyamun ma’lumat adalah 10 hari awal bulan Dzulhijjah
sedangkan ayyamun ma’dudat adalah hari-hari tasyrik yang disebut
juga hari Mina kerana pada hari-hari tersebut jamaah haji menetap di Mina.
12.
Umat Islam boleh melakukan ibadah korban
sehingga sebelum masuk waktu Maghrib 13 Zulhijjah. Begitu juga amalan
bertakbir, disunatkan sehingga sebelum masuk waktu maghrib 13 Zulhijjah.
13.
Takbir raya tidak semestinya dilaungkan di
masjid sahaja mahupun selepas setiap waktu solat. Kita digalakkan melaung lafaz takbir pada masa-masa yang
disunatkan/dibenarkan di mana-mana sahaja, dalam kenderaan, sedang memandu, di
rumah, waktu sedang dalam urusan kerja, bersantai, dan di mana-mana sahaja kita
berada dan teringat hendak bertakbir.
Sidang
Jumaat
14.
Sepanjang
bulan Zulhijjah ini kita seringkali diceritkan dengan kisah dua orang Nabi
Allah yang hebat. Antara Ibrah atau pengajaran yang dapat kita petik daripada
kisah Nabi Ibrahim AS dan anakanda baginda Nabi Ismail AS adalah mengenai anak soleh
yang rela dijadikan korban demi mentaati perintah Allah SWT dan mentaati
ayahandanya.
15.
Ketaatan
baginda hendaklah kita contohi dalam berbakti kepada orang tua kita. Sesungguhnya
Allah SWT mewajibkan kita untuk taat dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
16.
Firman
Allah SWT dalam Surah Al Israa' ayat 23:
17.
Dan Tuhanmu
telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah
seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang
perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking
menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun).
18.
Dalam
ayat ini Allah SWT telah memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa,
selepas perintah mentauhidkan Allah SWT. Perintah seperti ini juga berlaku di
zaman umat-umat sebelumnya, antaranya semasa zaman Bani Israel.
19.
Firman
Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 83:
20.
Semua
orang tahu bahawa ibu bapa amat menyayangi anak-anak mereka. Kasih sayang, pengorbanan
dan jerit perit kepayahan ibu bapa memelihara kita merupakan jasa yang tidak
mungkin kita balas.
21.
Ibu
bapa sanggup menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak melebihi diri mereka
sendiri. Apabila anak sihat dan gembira, hati ibu bapa turut gembira. Segala
kesusahan dan kepayahan dalam memelihara dan membesarkan anak-anak diharungi
dengan penuh kesabaran.
22.
Berbuat
baik kepada ibu bapa mampu mengangkat darjat seorang anak ke makam yang tinggi
di sisi Allah SWT.
23.
Dalam
kitab Sahih Muslim, Husair bin Jabir berkata, biasanya Umar bin Al-Khattab
apabila datang pasukan bantuan daripada Yaman dia akan bertanya kepada mereka
jika ada dalam kalangan mereka seorang yang bernama Uwais bin Amar. Sehingga
suatu ketika Umar telah bertemu dengan Uwais bin Amar lalu beliau bertanya :
"Adakah awak Uwais bin Amar?". Orang itu menjawab : "Ya!"
Umar bertanya lagi, "Adakah awak dulunya pernah mendapat penyakit sopak
lalu sembuh kecuali satu bahagian sebesar duit dirham?" Orang itu
menjawab, "Ya!" Umar bertanya lagi "Adakah kamu memiliki
ibu?" Orang itu menjawab "Ya!" lalu Umar : Berkata aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda : Akan datang kepada kalian Uwais bin Amar bersama
pasukan bantuan dari Yaman, dia daripada marad, kemudian daripada qaran. Dia
dahulunya memiliki penyakit sopak lalu telah sembuh daripadanya kecuali satu
bahagian sebesar satu dirham. Dia memiliki seorang ibu yang ia selalu berbakti
kepadanya, seandainya ia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah akan
memakbulkan sumpahnya itu. Jika kamu mampu memintanya maka lakukanlah".
Berkata Umar : "Mintalah ampun untukku". Maka Uwais meminta ampun
untuk Umar, dari kisah tersebut dapatlah kita mengambil iktibar betapa tinggi
kedudukan seorang anak yang berbakti kepada ibu bapa di sisi Allah SWT.
24.
Sesungguhnya
ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali apabila
disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh
Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.
25.
Namun
amat menyedihkan, mutakhir ini kita dihidangkan dengan tajuk utama akhbar Metro
yang dikaitkan dengan penderhakaan anak terhadap ibu bapa. Antaranya Remaja
tendang kepala bapa, lelaki tetak leher ibu sendiri naik angin selepas ditegur
ibu, anak buang bapa tepi masjid, buang ibu demi kekasih, 5 orang anak buang
ayah nyanyuk setelah membahagikan harta dan pelbagai tajuk lagi yang tidak
sepatutnya dilakukan oleh insan yang bernama anak.
26.
Selain
itu dalam satu direktori mencatatkan bahawa statistic rumah orang tua dan oku
di Malaysia adalah sebanyak 51 buah.
27.
Di
Negeri Kedah kita ada 7 buah rumah orang tua dan oku sama ada di bawah kendalian
kerajaan mahupun swasta. Antaranya Rumah Seri Kenangan Bedong di mana
penghuninya 257 orang, Kos Penyelenggaraan:
Sebulan: RM 25 000 – RM 30 000
Setahun: RM 300 000.
28.
Marilah
sidang Jumaat sekalian, sempena Eidul Adha yang mulia ini, bagi yang masih
mempunyai ibu bapa, kita berikanlah perhatian kepada mereka. Kita curahkan
kasih sayang dengan sepenuh hati dan jiwa, kita muliakan mereka, kita bertutur
dengan mereka menggunakan bahasa yang lembut dan sopan, kita dengar dan turut
nasihat mereka, kita berusaha menyenangkan hati mereka dan seterusnya melakukan apa sahaja perkara untuk
menggembirakan mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
29.
Manakala
bagi kita yang telah kematian kedua ibu bapa atau salah seorang daripada
mereka, marilah kita mendoakan kebaikan dan keampunan untuk mereka.
30.
Sesungguhnya
doa seorang anak untuk kedua ibu bapa adalah salah satu amal jariah yang tidak
terputus pahalanya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
31.
Tidak
dinafikan apabila ibu bapa telah tua dan lanjut usia, kesihatan mereka
berkurangan bahkan ada yang sudah tidak berupaya menguruskan diri sendiri.
32.
Jika
kita renung kembali kisah ketaatan Nabi Ismail AS terhadap ayahandanya, tidak
dapat diragukan lagi bahawa itu adalah hasil dari didikan yang sempurna oleh
ayahnya dan bonda Nabi Ismail AS.
Dan
Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai
ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur
empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah
daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan
kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau
redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat
keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari
orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Khutbah Kedua
1.
Pendidikan
yang sempurna amat mustahak diberikan kepada anak-anak, antaranya dengan
memberikan ilmu agama serta mendidik mereka dengan akhlak yang mulia.
2.
Jiwa
anak-anak yang telah dididik dan disemai dengan ajaran Islam yang kuat,
insyaaAllah mereka akan menjadi orang yang beriman, menjadi anak yang soleh,
berbakti kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara serta mendapat kejayaan
hidup dunia dan akhirat.
3.
Justeru,
tanggungjawab ibu bapa agar sentiasa mengambil berat dengan memberikan ilmu
tauhid/aqidah kepada anak-anak. Mendidik mereka dengan akhlak yang terpuji.
4.
Ibu
bapa hendaklah sentiasa membimbing, memberi teguran dan nasihat jika anak-anak melakukan perbuatan yang salah,
berperangai kurang elok apatah lagi jika perkara tersebut menyalahi syariat
Islam.
5.
Didiklah
mereka mentaati perintah Allah dan menjauhi tegahan-Nya. Suruhlah anak-anak
menunaikan solat apabila cukup umur. Suruhlah anak-anak mengenakan pakaian yang
menutup aurat dan sebagainya.
6.
Tegurlah dan berilah nasihat serta bimbinglah mereka
secara berterusan.
7.
Sememangnya
mendidik anak suatu tugas yang bukan mudah, penuh dengan cabaran dan dugaan,
namun semua itu perlu dihadapi kerana mendidik anak adalah amanah yang telah
dipertanggungjawabkan kepada para ibu bapa.
8.
Laksanakan
tanggungjawab masing-masing dengan penuh tulus ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Semoga dengan demikian, kita dapat mencapai kehidupan berkeluarga yang harmoni
dan aman bahagia.
9.
Justeru,
sifat sabar sangat penting ketika menghadapi ujian kerana sifat tersebut menjadikan kita redha
terhadap qadak dan qadar Allah SWT.
10.
Sifat
sabar juga dapat memelihara kita dari bersikap marah, merasa kecewa, berputus
asa dan resah gelisah dalam menghadapi ujian dari Allah SWT.
11.
Kita
serahlah diri ke hadrat Allah SWT dan berdoalah kepada-Nya bagi memohon
kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang menimpa.
12.
Yakinlah
bahawa ujian itu merupakan tanda kasih Allah SWT pada hamba-Nya. Allah tidak
akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita
kuat dalam menghadapi ujian-Nya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri
kita. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita sebaliknya
kerana sangat kasih kepada kita.
13.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahuanhu yang katanya,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah
menjadi orang yang baik maka dia akan diberikannya cubaan."