Selasa, 12 April 2016

KHATIB JEMPUTAN MASJID ALOR PAK NGAH MUKIM TOBIAR : JUMAAT 01 APRIL 2016 TAJUK : UJIAN DAN DUGAAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH

1.  Hari ini/ Jumaat/ semua umat Islam/ berkumpul menunaikan solat/ fardhu jumaat/ bagi menggantikan/ solat fardhu zohor.

2.  Oleh itu, khatib menyeru muslimin & anak-anak yang masih di luar masjid/ atas motosikal / ………. / bersegera masuk ke dalam masjid.

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT

3.  Firman Allah :

4.  Di dalam al-Quranul karim, dinyatakan ujian-ujian yang diberikan oleh Allah kepada manusia ,antaranya :

a)   Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17).

     b)  Anak-anak serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15).
  
c)   Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49).
  
d)  Kekayaan dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16).


MUSLIMIN SIDANG JUMAAT

5.  Seperti yang umum sedia maklum, bahawa beberapa negeri termasuk di tempat kita ini, sedang berhadapan dengan fenomena cuaca panas dan kering.

6.  Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena ini dikenali sebagai fenomena el-nino, di mana diramalkan akan berlanjutan sehingga suku pertama tahun 2016.

7.  Dalam jangka masa tersebut, akan berlaku pengurangan jumlah hujan antara 20-60%.

8.  Situasi ini menimbulkan kerisauan kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang sering melakukan aktiviti  di luar bangunan. Justeru Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan kerana cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

9.  Selain itu, musim kering berpanjangan juga boleh menyebabkan krisis bekalan air, kebakaran hutan, jerebu dan penyakit bawaan air dan makanan serta penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan penyakit berkaitan jerebu.

MUSLIMIN SIDANG JUMAAT

10.              Islam telah menunjukkan jalan keluar apabila kita ditimpa ujian @ musibah, antaranya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang petunjuk buat orang beriman apabila diuji;

”Hai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [Ali Imran: 200]
11.              Menurut al-Baghawial-Qurtubi menafsirkan arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan kepada Allah. Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah, manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.

12.              Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana dikhabarkan oleh Allah;

”Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. “[Al-Anbiya’: 85]

13.              Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;
“Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]

 MUSLIMIN SIDANG JUMAAT
14.              Seterusnya Islam juga menganjurkan kita apabila menghadapi kemarau yang panjang, dengan menunaikan solat istisqaq-solat minta hujan.

15.              Di zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA telah berlakukemarau yang panjang. Umar keluar untuk melaksanakan shalat istisqa (meminta hujan) berjamaah bersama kaum muslimin dan saat itu ia senantiasa beristighfar kepada Allah. Ia berkata,
Aku telah meminta hujan dengan “Majaadiihus Samaa’” yang dengannya hujan diturunkan.


 Kemudian Umar membaca firman Allah Ta’ala,
 “Maka aku katakan kepada mereka: ´Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun- niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12).

16.              JUSTERU, dalam menghadapi ujian Allah SWT ini, marilah kita semua banyak bersabar, selain itu, bersyukur kepadaNYA. Kerana orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari Allah Azza wa Jalla.

”Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.” [al-Baqarah: 153]

Khutbah Kedua


1.  Sifat sabar sangat penting ketika menghadapi ujian  kerana sifat tersebut menjadikan kita redha terhadap qadak dan qadar Allah SWT.

2.  Sifat sabar juga dapat memelihara kita dari bersikap marah, merasa kecewa, berputus asa dan resah gelisah dalam menghadapi ujian dari Allah SWT.

3.  Kita serahlah diri ke hadrat Allah SWT dan berdoalah kepada-Nya bagi memohon kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang menimpa.

4.  Yakinlah bahawa ujian itu merupakan tanda kasih Allah SWT pada hamba-Nya. Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita sebaliknya kerana sangat kasih kepada kita.

5.  Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahuanhu yang katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya : "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberikannya cubaan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kenangan Umrah Ziarah Ramadhan 1430H

Umrah Ziarah Ramadhan 1430H Slideshow: Asrinajmi2009’s trip from Jitra (near Alor Setar, Kedah, Malaysia) to 2 cities Medina and Mecca was created by TripAdvisor. See another Saudi Arabia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.