Khutbah
disiarkan dalam Laman Web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
08
Februari 2019/03 Jamadil Akhir 1440
KHUTBAH
: AYAH DAN IBU TIKET KE SYURGA
Oleh
: Ustaz Hj Asri Bin Md Saman @ Osman
Maksudnya : “Dan
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak mengabdikan diri melainkan
kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sam-pai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau ber-kata kepada mereka
(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff", dan jan-ganlah
engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan
yang mulia (yang bersopan santun)”.
SIDANG JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,
Hari ini Jumaat penghulu segala hari.
Khatib mengambil kesempatan mengajak sidang hadirin dan diri khatib agar
bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa adalah satu pesanan yang wajib diperingatkan
oleh khatib apabila berkhutbah dan kalimah taqwa ini telah disebut sebanyak 272
kali di dalam al-Quran.
SIDANG JUMAAT SEKALIAN,
Ayah dan ibu adalah insan yang istimewa
dan mulia di sisi Allah SWT. Justeru Islam men-yanjung tinggi kedudukan ayah
dan ibu sehingga Allah SWT memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada kedua
ayah dan ibu selepas perintah mengabdikan diri kepada-Nya.
Berdasarkan ayat yang dibacakan tadi,
Allah SWT dengan tegas menjelaskan peranan dan tanggungjawab anak terhadap
kedua ayah dan ibu. Allah SWT mengarahkan agar anak-anak sentiasa taat dan
patuh kepada ayah dan ibu dengan sentiasa berbuat baik kepada keduanya dan
bertutur dengan kedua ayah dan ibu menggunakan bahasa yang lembut dan sopan.
Justeru, Islam amat menitik-beratkan
persoalan institusi kekeluargaan yang berasaskan kasih-sayang. Malah setiap
anak dituntut agar berakhlak dengan akhlak yang mulia se-masa bergaul dan
berbicara dengan kedua ayah dan ibu, lebih-lebih lagi setelah keduanya mencapai
usia tua, dalam keadaan lemah dan kadang kala ada yang sampai peringkat
nyanyuk.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Antara ayah dan ibu, siapa yang perlu
diutamakan? Nabi SAW menyarankan kita supaya lebih mengutamakan ibu. Kenapa?
Ini kerana pada setiap ibu yang melahirkan anak su-dah pasti ada tersimpan
kesan parut melahirkan anak.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Pernah Muawiyah bin Haidah al-Qusairi bertanya kepada
Rasulullah SAW siapakah yang wajib ditaati? Jawab Rasulullah SAW: “Ibumu.” Tiga
kali Nabi ditanya dan itulah juga jawapan yang sama diberikan. Yang terakhir
barulah baginda menyatakan: “Ayahmu, kemudian yang terdekat dan yang daripada
kerabat.” (Riwayat Muslim).
Penderitaan seorang ibu mengandung dan
melahirkan anak telah dihargai Allah SWT dan dirakamkan dalam firmanNya dalam
surah Luqman, ayat 14 :
Maksudnya : “Dan
Kami wasiatkan kepada manusia terhadap ibu bapanya. Ibunya men-gandungkan
dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada
susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu ba-pamu.
Kepada-Ku tempat kembali.”
Justeru Allah SWT telah mewajibkan para
anak agar berbakti kepada kedua ayah dan ibu tidak terhad semasa mereka masih
bernyawa, bahkan setelah mereka bertemu Allah SWT. Perbanyakkan berdoa kepada
mereka sekiranya mereka telah kembali menemui Allah Azzawajalla.
SAUDARAKU SIDANG JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,
Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda
yang bermaksud :
“Tidak terbalas jasa seorang anak terhadap orang tuanya
melainkan apabila dia men-dapati orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan
dimerdekakannya”.
(Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis di atas, pengorbanan
ayah dan ibu tidak dapat dinilai dan tidak mung-kin dapat dibalas jasa mereka
berdua dengan apa yang ada didunia ini. Anak-anak hen-daklah mengenangkan jasa
ayah dan ibu dan membalas budi mereka dengan sebaik-baiknya.
Dalam sebuah lagi hadis yang diriwayatkan
Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA ba-hawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud:
“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah.
Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Seseo-rang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang
daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal
berkhidmat kepada mereka).”
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Sedih dan memeranjatkan, mutakhir ini
terdapat segelintir daripada anak-anak yang sanggup mengeluarkan kata-kata
kesat kepada ayah dan ibu, memaki ayah dan ibu di ha-dapan khalayak, memukul
ayah dan ibu, malah sanggup meninggalkan ayah dan ibu di rumah orang tua dan
membiarkan mereka sebatang kara serta langsung tidak datang menjenguk mereka.
Marilah kita menginsafi bahawa ayah dan
ibu adalah anugerah dan rezeki Allah yang ti-dak terhingga kepada kita. Marilah
kita bersyukur kerana dalam kalangan kita ada yang Allah takdirkan ia tidak
mendapat sentuhan kasih sayang daripada ayah dan ibu. Tiba-tiba kita yang Allah
kurniakan sentuhan kasih sayang ayah dan ibu sewaktu kecil, kita mensia-siakan
mereka lebih-lebih lagi sewaktu mereka lemah dan tidak memiliki daya kekuatan
serta amat mengharapkan bantuan anak-anak. Inilah yang dikatakan si tanggang
moden dan watak ini samalah sebagaimana al-Qamah. Seorang lelaki soleh pada
zaman Rasulul-lah SAW yang tidak diizinkan Allah melafazkan 2 kalimah syahadah
ketika berada dalam keadaan nazak sekalipun telah berulangkali diajar dan
dituturkan di telinganya.
Kes ini diadukan kepada Rasulullah SAW.
Ringkas ceritanya, baginda meminta ibu pe-muda tersebut memaafkan dan meredhai
terhadap anaknya, Al-Qamah. Selepas si ibu meredhai anaknya, Al-Qamah, barulah
beliau dapat mengucapkan dua kalimah syaha-dah dan sejurus selepas itu, beliau
meninggal dunia.
SIDANG JUMAAT RAHIMAKUMULLAH
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan
mengenai dosa besar ini di dalam sabda Baginda yang bermaksud:
“Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami
(sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga,
iaitu menyekutukan Allah, der-haka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan
kesaksian dusta, Baginda mengu-langinya berkali-kali sehingga kami berkata
mudah-mudahan baginda diam." (Riwayat Imam Al-Bukhari)
"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu
makan. Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga
semalaman. Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau
dewasa dan mencapai tujuan, Ku lihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau
balas aku dengan kekasaran. Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang
berikan."
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu,
berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: “Kamu dan hartamu milik ayahmu."
(Riwayat Ibnu Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan