Apabila kita menyebut madrasah sudah pasti kita dapat merasai suasana persekolahan atau kata lain Ramadhan pasti membawa pendidikan.Ramadhan dipenuhi dengan pendidikan.
1-Mendidik diri kita merasai kelaparan golongan miskin.Golongan ini berlapar bukan sahaja sebulan dalam setahun bahkan sepanjang tahun.
2-Mendidik diri kita erti kesabaran dengan tidak makan dan minum bahkan semua perkara yang membatalkan puasa sepanjang hari.
3-Mendidik diri kita mendekatkan diri kepada pencipta kita.Bulan selain Ramadhan kita agak lalai dengan pelbagai urusan apa salahnya kita berikan fokus dalam mempertingkatkan amalan sepanjang Ramadhan
4-Mendidik kita jujur dalam semua tindak-tanduk kita. Hatta ketika kita bersendirian, kita tidak curi menjamah makanan.Hebatnya didikan Ramadhan.
5-Mendidik kita menghormati Al-Quran. Pada bulan lain agak sukar bagi kita untuk mengkhatamkan al-Qauran dalam sebulan, tapi Ramadhan iaitu bulan yang diturunkan Al-Quran kita mendapat kekuatan untuk menghabiska al-Quran sama ada sekali khatam bahkan ada yang lebih dari sekali. alhamdulillah
Ahad, 24 Julai 2011
Isnin, 18 Julai 2011
RASULULLAH SAW PENDIDIK AGUNG & GURU TERULUNG
Baginda Nabi SAW merupakan seorang pendidik agung dan guru yang terulung. Firman Allah SWT bermaksud, "Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang yang engkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)"
Sabda Rassulullah SAW bermaksud, :"Sesungguhnya Allah Taala tidak mengutuskan daku untuk menyukarkan dan tidak pula sebagai mencari kesilapan dan keaiban orang lain, sebaliknya Allah Taala mengutuskan daku sebagai guru yang memudahkan."
Merujuk kepada maksud ayat dan hadis di atas kita sebagai guru atau bakal guru sewajarnya mencontohi akhlak baginda SAW di mana guru perlu menyatakan kebenaran dan bersifat adil dengan ilmunya.Guru perlu sentiasa mendalami ilmu pedagogi agar proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakannya mudah difahami pelajar malah amat-amat dinanti-nantikan pelajar. Guru yang baik sentiasa diperlukan oleh muridnya mahupun anggota masyarakat dan ketiadaannya menyebabakan murid tertanya-tanya dan menanti-nanti guru tersebut. Persoalannya di manakah kita berada? adakah kita merupakan guru yang sentiasa dinanti-nantikan pelajar atau kedatangan kita menyebabkan pelajar keluh kesah, terpaksa melalui detik-detik yang amat membosankan. Justeru carilah dan tambahlah ilmu di mana sahaja jika kita berkesempatan. wallhu a'lam.

Sabtu, 16 Julai 2011
Kisah Saiyyidina Ali Karramahu Wajhah
Dalam suatu peperangan Saiyyidina Ali hampir berjaya membunuh seorang Yahudi. Ketika beliau menghunuskan pedang untuk membunuh Yahudi tersebut..tiba-tiba Yahudi itu meludah ke arah Sayyidina Ali.Lalu beliau tidak meneruskan niat membunuh Yahudi itu.Apabila ditanya kenapa beliau membatalkan hasrat membunuh Yahudi itu, beliau menjawab : "Aku tidak mahu membunuhnya kerana kalau aku membunuhnya aku membunuh bukan kerana Allah tapi kerana marah aku kepadanya." .
Para pembaca yang budiman, bersamalah kita renungi secebis kisah yang berlaku kepada Sayyidina Ali. Beliau berjaya menguruskan kemarahan beliau secara profesional. Kita sebagai seorang guru yang mendidik manusia seharusnya mencontohi Saiyyidina Ali. Lebih-lebih lagi jika kita diamanahkan untuk menguruskan disiplin pelajar sekolah. Apakah kita menghukum pelajar kita dalam keadaan kita marah? apakah kita telah memberikan rasional kepada murid kita yang bersalah sebelum kita menghukum mereka. Sudah tentu hukuman yang kita laksanakan setelah memberikan rasional kepada pelajar lebih membawa erti mendidik daripada kita menghukum mereka tanpa bicara atau mendengar permasalahan mereka.Guru yang mendengar bisikan hati muridnya adalah guru yang hebat dan insya Allah akan mampu merungkai masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Dalam konteks masyarakat, pemimpin yang mencari dan mendengar rintihan rakyat lebih berkesan daripada rakyat meluahkan masalah kepada seorang pemimpin. Wallaahu a'lam

Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan Umrah Ziarah Ramadhan 1430H
Umrah Ziarah Ramadhan 1430H Slideshow: Asrinajmi2009’s trip from Jitra (near Alor Setar, Kedah, Malaysia) to 2 cities Medina and Mecca was created by TripAdvisor. See another Saudi Arabia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.