Ramadhan 1437H bakal kunjung tiba. Ya Allah izinkan kami dapat bertemu dan melakukan amalan sepanjang Ramadhan...suatu peluang untuk memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan sebelum ini...Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Ahad, 29 Mei 2016
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
Ramadhan 1437H bakal kunjung tiba. Ya Allah izinkan kami dapat bertemu dan melakukan amalan sepanjang Ramadhan...suatu peluang untuk memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan sebelum ini...Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Selasa, 12 April 2016
TANGGUNGJAWAB MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH
Masjid merupakan sebuah institusi yang amat penting dalam Islam. Ia juga sebagai lambang syiar dalam Islam. Menelusuri sirah Rasulullah SAW, sebaik tiba di Bumi Madinah, baginda SAW mendirikan masjid di Quba’. Ketika itu para sahabat tertanya-tanya, kenapa dan mengapa baginda bersusah payah mendirikan masjid terlebih dahulu? Akhirnya para sahabat dan pengkaji sejarah menemui jawapannya. Baginda telah mengarahkan para sahabat melaksanakan pelbagai aktiviti yang bersangkutan dengan segala urusan hidup muslim dilaksanakan di masjid. Seterusnya masjid sebagai pusat membina, mentarbiah, mendidik dan membangun umat Islam sehingga menjadi umat terbaik sepanjang zaman.
Allah SWT telah menggariskan beberapa pra
syarat yang layak digelar sebagai pemakmur rumah Allah sebagaimana Firman Allah
SWT Surah at-Taubah ayat 18 yang bermaksud :
Hanyasanya yang layak
memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan
menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya
sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan
yang mendapat petunjuk.
Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menjelaskan
bahawa hanya lima golongan manusia yang layak dianugerahkan memakmurkan dan menghidupkan
masjid-masjid itu, iaitu orang yang beriman kepada Allah, orang yang beriman
dengan hari akhirat, orang yang mendirikan Solat, orang yang menunaikan Zakat,
orang yang takut kepada Allah.
Sesungguhnya terdapat empat kelebihan
golongan yang berhimpun memakmur dan menghidupkan masjid-masjid termasuk
golongan yang mempelajari ilmu Islam dan mereka yang berzikir mengingati Allah
SWT, iaitu diturunkan Allah SWT suasana ketenteraman dan damai, diliputi dan
dinaungi rahmat Allah SWT, dikelilingi oleh para malaikat, dipuji dan
dimuliakan di sisi Allah SWT.
Ini dikuatkan lagi dengan hadis dari Abu Hurairah RA Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tujuh
golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan
naungan-Nya: Pertama : Imam (pemimpin) yang adil. Kedua : Pemuda yang membesar
dengan beribadah kepada Allah. Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan
masjid. Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka
bertemu dan berpisah kerana Allah. Kelima : Insan yang diajak (digoda) oleh
wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata : ‘Sesungguhnya aku takutkan
Allah’. Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya.
Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air
matanya.”
(Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Subhanallah, berdasarkan
hadis di atas betapa hebatnya anugerah Allah buat insan yang hatinya sentiasa
terpaut dengan masjid. Golongan ini tercatat dalam senarai manusia yang akan
menerima perlindungan arash Allah SWT pada hari yang tidak ada perlindungan
melainkan perlindungan Allah SWT.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah
bersabda yang bermaksud:
“…dan tidak berhimpun suatu kaum dalam satu
tempat rumah dari tempat-tempat (yakni) rumah-rumah Allah (yang dikhaskan untuk
mencapai keredhaan) Allah dengan keadaan mereka membaca Kitabullah (Al Quran)
dan mereka bertadarus sesama mereka, melainkan turunlah ketenteraman kepada
mereka dan mereka pula diliputi oleh rahmat, juga mereka dikelilingi oleh
malaikat serta mereka dipuji oleh Allah Ta’ala dalam kalangan makhluk-makhluk
yang mulia di sisi-Nya dan sesiapa yang dilambatkan oleh amal usahanya (dari
mencapai kebaikan), tidak akan dapat disegerakannya oleh nasab keturunannya”. (Riwayat
Muslim, Abu Daud dan At-Tirmizi)
Kini, Alhamdulillah kita menyaksikan
terdapat sebilangan masjid yang sudah menjalankan aktiviti yang pelbagai demi
kepentingan dan kebajikan umat Islam. Namun tidak dinafikan masih terdapat
sebilangan masjid di Malaysia yang masih perlu diperbaiki terutamanya dari
aspek aktiviti mengimarahkannya. Lantaran individu yang telah dilantik oleh
jamaah dan diamanahkan untuk memikul tugas perlulah menunaikan amanah sebaik
mungkin demi kebaikan bersama.
Dalam hal ini, kepimpinan masjid, ahli
jawatankuasanya dan ahli-ahli kariah serta seluruh masyarakat Islam setempat
wajar mengambil peranan masing-masing. Bawalah berbincang dan bermesyuarat bagi
mencari pelbagai pendekatan atau aktiviti boleh diaplikasikan melalui institusi
masjid bagi memakmur dan menghidupkan masjid-masjid atau surau-surau sebagai
institusi yang sangat hampir dengan kehidupan umat Islam. Apabila masjid
dimakmurkan sudah pasti akan terbina dan hiduplah umat Islam dalam suasana yang
damai, aman dan sentiasa dalam naungan rahmat dan barakah Allah SWT.
Kembalikanlah fungsi masjid. Masjid adalah tempat ibadah , di sinilah tempat umat
Islam berkumpul untuk melaksanakan ibadah khusus terutama solat, membaca
al-Quran, berzikir, tempat majlis-majlis ilmu dijalankan dan tempat perhimpunan
dan perbincangan umat Islam untuk menyelesaikan masalah mereka. Para malaikat
mendoakan dan memohon rahmat kepada Allah SWT kepada ahli-ahli masjid yang
menunaikan ibadah dan menuntut ilmu di sini. Mereka yang terpaut hati dengan
masjid dan melaksanakan semua fungsi tadi akan mendapat naungan Allah di
akhirat nanti.
Jika umat Islam dapat melihat peranan
tersebut pasti kita akan menjadi umat yang mampu mencapai zaman terbaik, zaman
kehebatan dan kegemilangan umat Islam terdahulu, insya Allah.
Justeru, kepimpinan masjid dan ahli
jawatankuasa yang tidak mampu untuk melaksanakan amanah, berundurlah dan
berilah ruang serta peluang kepada insan lain yang sanggup menyumbang idea bagi
mengimarahkan rumah Allah yang mulia itu. Yakinlah bahawa insan yang telah
berusaha memakmurkan masjid akan dipandang mulia oleh Allah SWT. Takutlah
amaran Allah sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 114 yang
bermaksud :
Dan
siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi
dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah
di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu?
Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu
melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang
mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di
dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.
Penulis
adalah pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan
Guru Kampus Darulaman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.
KHATIB JEMPUTAN MASJID ALOR PAK NGAH MUKIM TOBIAR : JUMAAT 01 APRIL 2016 TAJUK : UJIAN DAN DUGAAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH
1.
Hari
ini/ Jumaat/ semua umat Islam/ berkumpul menunaikan solat/ fardhu jumaat/ bagi
menggantikan/ solat fardhu zohor.
2.
Oleh
itu, khatib menyeru muslimin & anak-anak yang masih di luar masjid/ atas
motosikal / ………. / bersegera masuk ke dalam masjid.
MUSLIMIN
SIDANG JUMAAT
3.
Firman
Allah :
4. Di dalam al-Quranul karim, dinyatakan ujian-ujian
yang diberikan oleh Allah kepada manusia ,antaranya :
a)
Dugaan yang diberikan ke atas pemilik kebun-kebun dari kalangan kaum
Musyrik dengan kebakaran. (al-Qalam: 17).
b) Anak-anak
serta harta benda sebagai dugaan. (al-Taghabun: 15).
c)
Nikmat duniawi sebagai ujian buat para manusia. (al-Zumar: 49).
d) Kekayaan
dan kemiskinan sebagai ujian. (al-Fajr: 15-16).
MUSLIMIN
SIDANG JUMAAT
5.
Seperti
yang umum sedia maklum, bahawa beberapa negeri termasuk di tempat kita ini, sedang
berhadapan dengan fenomena cuaca panas dan kering.
6.
Menurut
Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena ini dikenali sebagai fenomena el-nino,
di mana diramalkan akan berlanjutan sehingga suku pertama tahun 2016.
7.
Dalam
jangka masa tersebut, akan berlaku pengurangan jumlah hujan antara 20-60%.
8. Situasi ini menimbulkan kerisauan
kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang sering melakukan
aktiviti di luar bangunan. Justeru
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah
pencegahan kerana cuaca panas yang
terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam
tubuh berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit mudah berasa letih
dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.
9. Selain itu, musim kering
berpanjangan juga boleh menyebabkan krisis bekalan air, kebakaran hutan, jerebu
dan penyakit bawaan air dan makanan serta penyakit bawaan vektor seperti demam
denggi dan penyakit berkaitan jerebu.
MUSLIMIN
SIDANG JUMAAT
10.
Islam
telah menunjukkan jalan keluar apabila kita ditimpa ujian @ musibah, antaranya bersabar dalam menghadapi masalah. Telah datang
petunjuk buat orang beriman apabila diuji;
”Hai
orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.” [Ali
Imran: 200]
11.
Menurut al-Baghawi, al-Qurtubi menafsirkan
arahan supaya bersabar itu adalah merujuk kepada; bersabar di atas ketaatan
kepada Allah. Kesabaran mesti dijana dengan ketaatan sebagai dasar untuk
mengelakkan goyah iman serta berputus asa. Bahkan, kerana ketaatan jugalah,
manusia akan menjadi redha atas ujian yang berlaku.
12.
Sabar itu juga adalah sunnah para Nabi dan Rasul. Ini jelas sebagaimana
dikhabarkan oleh Allah;
”Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta ZulKifli; semuanya
adalah dari orang-orang yang sabar. “[Al-Anbiya’: 85]
13.
Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam menyatakan bahawa Allah menyukai
orang yang bersabar. Ini adalah sebagaimana yang datang di dalam hadith yang
diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas;
“Sesungguhnya
pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai oleh Allah, iaitu kesabaran
serta lemah lembut.” [Riwayat Muslim]
MUSLIMIN SIDANG JUMAAT
14.
Seterusnya Islam juga menganjurkan kita apabila
menghadapi kemarau yang panjang, dengan menunaikan solat istisqaq-solat minta
hujan.
15.
Di zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA telah
berlakukemarau yang panjang. Umar keluar untuk melaksanakan shalat istisqa
(meminta hujan) berjamaah bersama kaum muslimin dan saat itu ia senantiasa
beristighfar kepada Allah. Ia berkata,
Aku telah meminta hujan dengan
“Majaadiihus Samaa’” yang dengannya hujan diturunkan.
Kemudian Umar membaca firman
Allah Ta’ala,
“Maka aku katakan kepada mereka:
´Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun- niscaya
Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan
anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di
dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12).
16.
JUSTERU,
dalam menghadapi ujian Allah SWT ini, marilah kita semua banyak bersabar, selain itu, bersyukur kepadaNYA. Kerana
orang yang diberikan musibah, atau ujian, pasti akan mendapat ganjaran dari
Allah Azza wa Jalla.
”Wahai
orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya
Allah bersama-sama orang yang sabar.” [al-Baqarah: 153]
Khutbah Kedua
1.
Sifat
sabar sangat penting ketika menghadapi ujian kerana sifat tersebut menjadikan kita redha
terhadap qadak dan qadar Allah SWT.
2.
Sifat
sabar juga dapat memelihara kita dari bersikap marah, merasa kecewa, berputus
asa dan resah gelisah dalam menghadapi ujian dari Allah SWT.
3.
Kita
serahlah diri ke hadrat Allah SWT dan berdoalah kepada-Nya bagi memohon
kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang menimpa.
4.
Yakinlah
bahawa ujian itu merupakan tanda kasih Allah SWT pada hamba-Nya. Allah tidak
akan sekali-kali menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita
kuat dalam menghadapi ujian-Nya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri
kita. Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita sebaliknya
kerana sangat kasih kepada kita.
5.
Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahuanhu yang katanya,
bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah
menjadi orang yang baik maka dia akan diberikannya cubaan."
Langgan:
Catatan (Atom)
Kenangan Umrah Ziarah Ramadhan 1430H
Umrah Ziarah Ramadhan 1430H Slideshow: Asrinajmi2009’s trip from Jitra (near Alor Setar, Kedah, Malaysia) to 2 cities Medina and Mecca was created by TripAdvisor. See another Saudi Arabia slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.